Selasa, 15 Julai 2008

Ada penunggu?!

....Selamat Petang Kawan-Kawan....
Apa khabar semua?
Kawan-kawan tahu tak, bahawa semalam kami berdua telah mencuba main permainan congkak. ( Malangnya, ini adalah kali pertama Ain mencuba permainan congkak )
Permainan congkak ini sungguh menyeronokkan dan menggelikan hati. Kami bermain congkak sehingga waktu senja hampir tiba. Malangnya, ibu saya menyuruh kami berhenti bermain.
Ibu pun mula bercerita tentang si 'penunggu'.


Dikatakan, di setiap papan congkak pasti ada penunggunya. Pada zaman nenek moyang kami, dikatakan bahawa penduduk kampung telah memuja papan congkak sebelum mereka mula permainan itu. Jika tidak mereka akan dirasuk oleh penunggu congkak itu. Mereka akan juga membakar kemenyan dan membaca beberapa bacaan untuk menghormati penunggu itu. Amat mengerikan!!

Kami segera mengemas kesemua guli-guli dan papan congkak. Kami tidak berani untuk bermain congkak setelah mendengar cerita yang menakutkan itu. Kami akan tetap bermain congkak tetapi kami akan berhenti bermain sebelum matahari terbenam!!


Itu adalah pantang-larangnya apabila mahu bermain permainan congkak.
Kami harap kamu semua terhibur dengan maklumat yang kami dapati.
Kami amat berterima kasih kepada Cik Roshita untuk membekalkan maklumat tersebut!!

Sampai disini sahaja pada hari ini.
Jika ada apa-apa pertanyaan, sila komen di "tagboard" kami!!


:']


Khamis, 10 Julai 2008

Permainan Congkak

Salam sejahtera teman-teman!
Post kali ini kami akan menghuraikan bagaimana permainan congkak dimainkan.
Harap teman-teman semua akan lebih memahami dan akan bermain permainan congkak ini dengan betul!


Pada mulanya;
Permainan congkak ini memerlukan dua orang kerana pada papan congkak, hanya mempunyai dua baris. Setiap baris ada "kampung" dan "rumah".


"Kampung" itu adalah lubang yang kecil. "Rumah" itu pula lubang yang besar. Pada setiap baris, terdapat empat belas lubang "rumah" dan, "kampung" hanya ada dua pada hujung papan congkak.

Dan seterusnya;
Setiap "kampung" akan diisi dengan beberapa guli tetapi "rumah" akan dibiarkan kosong. Apabila permainan ini bermula, setiap pemain akan memilih salah satu "kampung" dan mengambil gulinya dan akan memasukkannya ke dalam "kampung" seterusnya. Dengan mengikut arah dari kanan ke kiri.

Bagaimana ingin tahu jika kita kalah atau menang?
Senang sahaja, ini caranya;

Tamat sahaja pusingan pertama, pemain akan mengambil guli-guli yang ada di dalam "rumah" dah akan megiisi kembali ke setiap "kampung". Jika terdapat sebarang "kampung" yang tidak cukup dengan guli, ia dianggap "kampung" itu sudah terbakar. Apabila ia sudah terbakar, ia tidak boleh lagi diisi dengan guli. "Kampung" ini akan dibiarkan kosong untuk permainan seterusnya, pusingan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Pasti kawan-kawan tentu pening, kalau begitu bila akan berakhir?
Ia akan berakhir apabila salah satu pemain mengaku kalah!
Jadi, janganlah mengaku kalah, tetapi, jika kitak mengaku kalah, hingga besok pagi, permainan ini tidak akan berhenti!

Senang bukan permainan ini!
Jika kami mempunyai congkak di rumah kan bagus, bolehlah kami bermain apabila letih atau penat dengan kerja sekolah. (:


Nampaknya kami akan berhenti di sini sahajalah. Maklumlah, kami masih sekolah, banyak kerja sekolah diberikan dan harus diselesaikan!


=D



Rabu, 9 Julai 2008

Permulaan

Selamat petang kawan-kawan dan guru!
Sebaik sahaja kami menerima projek ini,
kami sudah memilih permainan tradisional yang kami sangat gemari!
Kami telah memilih permainan congkak sebagai permainan tradisional kami.
Kami memilih permainan congkak kerana permainan ini sungguh menarik dan amat diminati ramai hingga kini.

Permainan congkak yang berasal dari negara Afrika atau Arab. Negara Afrika atau Arab, kedua-duanya seakan-akan. Jadi, tidak usahlah memeningkan kepala untuk mengikut mana-mana peraturan.

Permainan tradisonal ini dimainkan oleh golongan istana seperti raja, permaisuri dan sebagainya pada zaman dahulu. Papan congkak mereka sungguh lawa tetapi golongan rakyat biasa hanya menggunakan tanah. Mereka akan mengorek tanah itu hingga menjadi lubang.


Yang menarik perhatian kami berdua, permainan congkak ini telah menjelajah ke seluruh dunia. Amat menganggumkan!
(: