Selasa, 15 Julai 2008

Ada penunggu?!

....Selamat Petang Kawan-Kawan....
Apa khabar semua?
Kawan-kawan tahu tak, bahawa semalam kami berdua telah mencuba main permainan congkak. ( Malangnya, ini adalah kali pertama Ain mencuba permainan congkak )
Permainan congkak ini sungguh menyeronokkan dan menggelikan hati. Kami bermain congkak sehingga waktu senja hampir tiba. Malangnya, ibu saya menyuruh kami berhenti bermain.
Ibu pun mula bercerita tentang si 'penunggu'.


Dikatakan, di setiap papan congkak pasti ada penunggunya. Pada zaman nenek moyang kami, dikatakan bahawa penduduk kampung telah memuja papan congkak sebelum mereka mula permainan itu. Jika tidak mereka akan dirasuk oleh penunggu congkak itu. Mereka akan juga membakar kemenyan dan membaca beberapa bacaan untuk menghormati penunggu itu. Amat mengerikan!!

Kami segera mengemas kesemua guli-guli dan papan congkak. Kami tidak berani untuk bermain congkak setelah mendengar cerita yang menakutkan itu. Kami akan tetap bermain congkak tetapi kami akan berhenti bermain sebelum matahari terbenam!!


Itu adalah pantang-larangnya apabila mahu bermain permainan congkak.
Kami harap kamu semua terhibur dengan maklumat yang kami dapati.
Kami amat berterima kasih kepada Cik Roshita untuk membekalkan maklumat tersebut!!

Sampai disini sahaja pada hari ini.
Jika ada apa-apa pertanyaan, sila komen di "tagboard" kami!!


:']